BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
SEBARANG PERTANYAAN? SEBARANG PERKONGSIAN? ATAU MAHU MENGADAKAN PERLAWANAN PERSAHABATAN? HANYA TINGGALKAN KOMEN ANDA...
::MadeToGo::

Sunday 8 April 2012

Perlawanan Bahas SBPI Gopeng vs Sekolah Menengah Sains Tun Syed Shahabudin Penang

Assalamualaikum W.B.T.

                             Memoir SBPI Gopeng bersama SOKSEK dan Islam Hidayah

Tanggal 8 April 2012, bumi indah SBPI Gopeng telah dikunjungi oleh Delegasi Orator ( Bahas Bahasa Melayu) Sekolah Menengah Sains Tun Syed Shahabudin bagi mengadakan perlawanan persahabatan bersama Pasukan Bahas SBPI Gopeng ( Bahasa Melayu) @ MaDeToGo. Perlawanan diadakan bagi menyediakan para pendebat dari kedua-dua buah sekolah untuk menghadapi Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri kali ke 39 yang bakal diadakan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, Perak. Bagi pembahas dari SOKSEK sendiri, kenangan pahit pada edisi ke 38 tahun lepas apabila tumpas di tangan Sekolah Dato Abdul Razak pada pusingan kedua ingin dihapuskan dan ingin membawa saingan pada tahun ini ke tahap yang lebih tinggi. Perwakilan yang masih ada daripada tahun lepas hanya Firdaus, Pembahas Ketiga SOKSEK. Dua muka baru diperkenalkan oleh SOKSEK iaitu pada posisi Pembahas Pertama dengan penampilan Hafiz, dan posisi Pembahas Kedua, Erni.

SBPI Gopeng (MaDeToGo) pula diketuai oleh Saudara Akmal, diikuti pula oleh Aiman Syahmi dan Firdaus Shuhaimi sebagai pembahas ketiga. Pelbagai langkah telah digunapakai dan posisi sebenar setiap pembahas tidak didedahkan bagi menjaga reputasi MaDeToGo. Saudara Eric, yang selalunya sinonim dengan posisi kedua direhatkan bagi memberi peluang kepada pembentukan semula pasukan demi memastikan formula terbaik dapat ditemui sebelum berlangsungnya PPM ke 39 nanti. SBPI Gopeng mempunyai misi tersendiri dalam memastikan kejuaraan PPM atau simboliknya Piala PPM akan dirampas dari bumi Ipoh ke 'jiran sebelah' iaitu Gopeng.

 Dengan berbekalkan azam dan doa pelajar serta Alumni Integrasi Gopeng (AIG), InsyaAllah kejayaan pasti akan datang. Kehadiran PK HEM baharu, iaitu Puan Hajah Noridah @ Umi sememangnya membantu dalam merealisasikan impian ini ditambah pula dengan sentuhan orang lama, Encik Suhaimi Harun selaku jurulatih utama pasukan Bahas SBPI Gopeng. Ternyata, kejayaan demi kejayaan yang ditampilkan oleh pasukan bahas SBPI Gopeng menenggelamkan Etos utama sekolah itu sendiri iaitu Kawad Kaki dan Choral Speaking. Namun, persaingan sihat ini sebenarnya adalah amat baik dalam memastikan semangat Satu IGOP berkibar di setiap aktiviti, setiap tempat yang dikunjungi Delegasi Lencana Bulat Biru Merah Putih Kuning.
Setelah berjaya membawa Piala Musleh pada Julai tahun lepas, menjadikan SBPI Gopeng merupakan SBP pertama dan satu-satunya wakil Kementerian Pelajaran Malaysia berjaya membawa pulang Piala Musleh yang bertaraf ANTARABANGSA. Namun, pencapaian ini tidak akan lengkap andai Piala PPM gagal dibawa pulang pada tahun ini. 

Andai STAR bersusah payah selama 15 tahun sebelum menjadi Johan pada tahun lepas, maka SBPI Gopeng akan mengerah segala keringat demi memastikan usaha dan tekad selama ini tidak sia-sia.
Diharap kedua-dua pasukan bahas dari IGOP dan SOKSEK bakal membawa kejayaan manis pada edisi kali ini. Sesungguhnya, setiap usaha pasti akan ada keputusan. Terserah sama ada baik atau pun tidak. Manusia hanya mampu merancang, namun Dialah yang menentukan. Ingat, masih ada masa yang tidak sampai 2 bulan untuk mempersiapkan pasukan. Buktikan bahawa anda adalah yang terbaik!!!.... Asssalamualaikum...
Nukilan : FABU 2012

0 nasehat bergune: